KD Musytari

KD Musytari merupakan kapal perang tentera laut Malaysia jenis kapal peronda yang sentiasa bersedia mempertahankan negara Malaysia. KD Musytari memenuhi keperluan pertahanan laut Malaysia dari kapal-kapal musuh. KD Musytari merupakan kapal peronda yang ditauliahkan sejak 1980-an dan ditempatkan di Tanjung Gelang. KD Musytari digunakan bagi melaksanakan aktiviti penguatkuasaan sehingga 200 batu nautikal dalam zon ekonomi esklusif.Ia kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Laut Malaysia pada 27 Jun 2006.Kapal lain dalam kelas yang sama dengan KD Musytari adalah KD Marikh.